Tuesday, March 11, 2008

Re: Balasan: [Islamic-ebook] RE: Assalamu'alaikum... PERSOALAN DI MANA ALLAH ?

sahabat com
Tue, Mar 11, 2008 at 3:15 PM
Reply-To: Islamic-ebook@yahoogroups.com
To: Islamic-ebook@yahoogroups.com
Assalaamualaikum,

Terlebih dahulu izini saya untuk mengulas tentang isu ini yang hangat dibincangkan ketika ini. Seingat saya, isu ini telahpun dibincangkan sebelum ini, tetapi saya kurang pasti kenapa ia ditimbulkan semula. Justeru itu, izini saya memberikan sedikit input untuk makluman kita semua.

Sememangnya terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai isu ini. Di dalam kitab aqidah golongan salaf (1) sememangnya dibincangkan secara khusus bab Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW kerana bab tersebut sememangnya termasuk dalam bab aqidah. Sebahagian ulama berpendapat Rasulullah SAW tidak melihat Tuhannya berdasarkan hadis ‘Aisyah. Sebahagian ulama yang lain berpendapat Rasulullah SAW pernah melihat Tuhannya berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas dan dikuatkan oleh pandangan Al-Hasan. Walaubagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa Allah Taala tidak tertakluk kepada ruang, tempat, masa, sukatan, dan lain-lain lagi kerana Dialah yang menciptakan semua itu, mustahil Dia tertakluk kepada semua itu. Justeru hakikat melihat itu kita serahkanlah kepada Allah bersesuaian dengan pendekatan tafwid yang diamalkan oleh golongan salaf. (1).

Dalil yang dipegang oleh golongan yang mengatakan Rasulullah SAW tidak melihat Tuhannya ialah seperti berikut:-

Diriwayatkan dari Masruq, katanya:”Saya berkata kepada Aisyah r.’anha : Ya Ummul mukminin benarkah Nabi Muhammad SAW pernah melihat Tuhannya?. Aisyah menjawab yang ertinya:

“Benar-benar telah berdiri tegak bulu roma ku kerana mendengar apa yang engkau katakana itu. Hati-hatilah engkau dari tiga hal ini.

Barangsiapa yang memberitahukan padamu tentang tida hal ini, pastilah ia berdusta:

Barangsiapa yang memberitahu padamu bahawasanya Muhammad SAW pernah melihat Tuhannya ia pasti berdusta. Aisyah r.a. lalu membacakan ayat :

Al-An’am ayat 103

103. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan dialah yang Maha halus lagi Maha Mengetahui.

“Barangsiapa yang memberitahukan padamu bahawa ia dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari, pastilah ia berdusta”. Aisyah r.anha membaca ayat :

Surah Luqman ayat 34

34. Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok[1187]. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

[1187] Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya besok atau yang akan diperolehnya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Barangsiapa yang mengatakan padamu bahawa dia (Rasulullah SAW) menyembunyikan sedikitpun dari wahyu, maka pastilah ia berdusta.” “’Aisyah r.’anha lalu membaca ayat:

Surah Al-Maidah ayat 67

67. Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia[430]. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

[430] Maksudnya: tak seorangpun yang dapat membunuh nabi Muhammad s.a.w.

Tetapi dia (Rasulullah SAW) pernah melihat Jibril dalam bentuk aslinya sebanyak 2 kali”.

Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi


Dalil yang digunakan oleh Ulama yang mengatakan Rasulullah SAW melihat Allah adalah seperti berikut:-

Hadis riwayat Ibnu Abbas dan dikuatkan oleh pendapat Al-Hasan seperti berikut:

Ibnu Abbas r.huma. berpendapat, juga beberapa golongan ulama, Nabi Muhammad SAW itu dapat melihat Tuhannya pada waktu Isra’ dan Mi’raj. Ibnu Abbas r.huma, dalam mengupas firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 60 seperti berikut:

60. “Dan (ingatlah), ketika kami wahyukan kepadamu: "Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi segala manusia". dan kami tidak menjadikan penglihatan yang Telah kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam Al Quran dan kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka.”

Menurut Ibnu Abbas r.’anhuma: “Pemandangan yang (boleh membawa fitnah) dimaksudkan itu ialah penglihatan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW di malam beliau SAW diisra’kan untuk “menghadap” Allah Taala.”

Riwayat oleh Bukhari

Al Hasan sendiri bersumpah bahawasanya Rasulullah SAW pernah melihat Tuhannya.

Dalam pada itu, untuk mengelakkan salah faham di kalangan orang awam, perlu dijelaskan mengikut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahawa Allah Taala tidak tertakluk kepada ruang, tempat, masa, ukuran dan sebagainya kerana Dialah yang menciptakan semuanya itu, mustahil Dia tertakluk kepada semua itu. Justeru itu, janganlah difikirkan dengan aqal hakikat melihat yang dijelaskan dalam hadis di atas. Sebaliknya, serahkanlah kepada Allah SWT bersesuaian dengan pendekatan tafwid golongan salaf(1) seperti yang telah dibincangkan di atas dan semasa kita membincangkan aqidah golongan salaf sebelum ini.


Sekian, wassalam

A. Hanif


Nota kaki:

(1) Salaf dalam bahasa Arab ertinya ialah terdahulu, atau meminjamkan wang kepada seseorang, atau membiarkan tanah untuk persemaian benih dan sebagainya. Manakala dari sudut istilah (aqidah), salaf bermaksud orang-orang Islam yang pertama atau terdahulu yang semasa dengan Rasulullah SAW, para sahabat, para tabiin dan tabi’ tabi’in yang mendalam keagamaannya lagi soleh yang mengambil pendirian tafwid (menyerahkan kepada Allah makna bagi ayat-ayat yang bersifat Mutasyaabihat). Golongan ini hidup dalam tiga kurun pertama Hijrah (sehingga 300 Hijrah). Ini bersesuaian dengan hadis riwayat Jabir al-Zarqani yang bererti:

“Abad yang sebaik-baiknya adalah abadku, kemudian abad berikutnya, dan kemudian abad berikutnya.”

Di dalam Al-Quran pula, Allah SWT berfirman tentang orang-orang Islam terdahulu seperti Surah At-Taubah ayat 100 berikut:


“ Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengekori mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.”
(At-Taubah:100)

Yang kami maksudkan ini sememangnya golongan salaf yang hidup dalam tiga kurun pertama hijrah itu dan mereka yang belajar secara bertalaqqi dan bersilsilah sehingga ke golongan salaf itu dan bukannya golongan yang mengaku salafi tetapi silsilah ilmu mereka tidak sampai ke golongan salaf. Golongan ini hanyalah bekerja untuk menuduh umat Islam dengan tuduhan bid’ah, yahudi, khawarij, memasukkan golongan umat Islam ke dalam 72 golongan yang akan masuk ke Neraka dan lain-lain lagi.

No comments: