Wednesday, November 28, 2007

COUPLE ??

Oleh:Yussamir yusof 26 November 2007Cyberjaya

http://www.yussamir.com/

Nak couple boleh tak? Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’?

Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam
Surah Yasin(36)

ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49)

ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.

Firman Allah dalam Surah An-Nur(24)

ayat 30: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24)

ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5.

Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam

Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi.

Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi.

Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan.

Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM. Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran.

Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W?
Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina.

Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah.

Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini.

Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini. Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24)

ayat 26: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya.

Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah?

Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29),

ayat 38: “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.

Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu.

Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting.

Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya.

Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah. Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf

ayat 201: “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya.

Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22: “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45)

ayat 7-11: “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita.

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 : “ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).”

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran,

Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23: “ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.

Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

[1] Sahih Muslim, hadis ke 2281

[2] Sahih Muslim, hadis ke 2282

http://www.al-ahkam.net/
http://www.saifulislam.com/
http://www.qualitysunnah.blogspot.com/
http://www.abulfadhl.blogspot.com/

"al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul"

InsyaAllah artikel daripada saudara ini membawa kepada kebaikan kepada kita semua serta rahmat juga keberkatan ilmu kepada saudara dan kita semua...AMIN!!!

Friday, November 16, 2007

The Path to Paradise – Part 1
Setting the Goal

By Khurram Murad


The path to paradise is paved for those who seek God's pleasure in their life. The path to God is only illuminated when a person recognizes the central place of God in his life and strives to develop his self accordingly. The Messenger of God said:

If someone wants to know what position he enjoys in the eyes of God, he has only to look at what place he gives to God [in his heart and life]. (Hakim)

The term nearest in meaning to self development in the Quranic vocabulary is: tazkiyah.

Tazkiyah means purification and refers to the cleansing of the human self from all that is unwholesome, undesirable and unwelcome. It also refers to the nurturing and strengthening of all the qualities within the human self that are essential for growth and development, for blossoming and flowering.

Success and happiness in this world and the Hereafter depend on tazkiyah, the purification and nurturing of our personality. The Quran states that true success is only reserved for those who seek to purify themselves:

[Successful indeed is the one who purifies his whole self.] (Ash-Shams 91:9)

Our personality comprises not only the physical body but also the mind and the heart, feelings and attitudes, character and behavior. Proper nurturing and development of these elements of the personality will achieve desirable goals. When goals are desirable, the process of aspiring to, working towards and achieving them also becomes desirable. This is part of human nature. It is critical, therefore, that we recognize and understand the true nature of our ultimate goal in life.
For the believer, the most coveted goal in life is to seek the good pleasure of Allah Paradise. Our Creator has set this goal for us:

[And surely Paradise – it is the goal.] (Al-Nazi`at 79:41)
[Indeed the Next abode – it is truly the life!] (Al-`Ankabut 29:64)
[The companions of Paradise – they are the triumphant ones.] (Al-Hashr 59:20)

Know, however, that attaining the pleasure of Allah takes precedence over seeking Paradise but the two are closely connected. Paradise can only be attained through seeking Allah's pleasure, and when Allah's pleasure is gained, we will indeed be granted Paradise.
Reflect upon the following two verses in the Quran:

[And there is a kind of person who would willingly give up personal interests, seeking Allah’s pleasure; and God is Most Compassionate towards His servants.] (Al-Baqarah 2:207)

[Indeed Allah has purchased from the Believers their lives and their possessions, promising them Paradise, in return.] (At-Tawbah 9:111)

The alternative to attaining Paradise in the Hereafter is to be placed in Hellfire and to receive its punishments.

The Quran states: [But in the life to come: [it is either] severe suffering, or God’s forgiveness and His goodly acceptance.] (Al-Hadid 57:20)

What is it that makes a person deserving of such a suffering? The answer is to be found in the second part of the same verse:

[for the life of this world is nothing but an enjoyment of self-delusion.] (Al-Hadid 57:20)

Hell, therefore, is for those who seek as their ultimate goal in life, not the pleasure of Allah or Paradise, but the enjoyment of worldly gains.

The pursuit of worldly gain is but a mirage. All worldly gains are left behind when you die. All that is on earth is bound to perish while Allah and His good favor will remain forever.
It is for this reason that the Quran advises:

[Vie with one another in seeking to attain to your Sustainer’s forgiveness, and to a Paradise as vast as the heavens and the earth, which has been readied for those who have attained to faith in God and His messengers: such is the bounty of Allah which He grants unto whomever He wills – for Allah is limitless in His great bounty.] (Al-Hadid 57:21)

All your efforts in this world should therefore be focused only on seeking Paradise. It is the promise of the Almighty that:

[You will only be rewarded fully for all your good deeds on the Day of Resurrection, and [on that Day] whoever will be drawn away from Hell-fire, and admitted into Paradise, will indeed have triumphed.] (Al-`Imran 3:185)

Khurram Murad (1932-1996) studied civil engineering at the universities of Karachi, Pakistan and Minnesota, USA, and was actively involved in the Islamic movement and in the training of Islamic workers. Many of his books, both in English and in Urdu, are being published posthumously.

Monday, November 05, 2007

THE SPREAD OF A WORLD CREED The Times (London)

Lucy Berrington finds the Muslim Faith is winning Western admirers despite hostile media coverage.Unprecedented numbers of British people, nearly all of them women, are converting to Islam at a time of deep divisions within the Anglican and Catholic churches.
The rate of conversions has prompted predictions that Islam will rapidly become an important religious force in this country.[1] "Within the next 20 years the number of British converts will equal or overtake the immigrant Muslim community that brought the faith here", says Rose Kendrick, a religious education teacher at a Hull comprehensive and the author of a textbook guide to the Koran. She says: "Islam is as much a world faith as is Roman Catholicism. No one nationality claims it as its own". Islam is also spreading fast on the continent and in America.
The surge in conversions to Islam has taken place despite the negative image of the faith in the Western press. Indeed, the pace of conversions has accelerated since publicity over the Salman Rushdie affair, the Gulf War[2] and the plight of the Muslims in Bosnia. It is even more ironic that most British converts should be women, given the widespread view in the west that Islam treats women poorly. In the United States, women converts outnumber men by four to one, and in Britain make up the bulk of the estimated 10, 000 to 20, 000 converts, forming part of a Muslim community of 1 to 1.5 million. Many of Britain's "New Muslims" are from middle-class backgrounds. They include Matthew Wilkinson, a former head boy of Eton who went on to Cambridge, and a son and daughter of Lord Justice Scott, the judge heading the arms-to-Iraq inquiry.
A small-scale survey by the Islamic Foundation in Leicester suggests that most converts are aged 30 to 50. Younger Muslims point to many conversions among students and highlight the intellectual thrust of Islam. "Muhammad" said, "The light of Islam will rise in the West" and I think that is what is happening in our day" says Aliya Haeri, an American-born psychologist who converted 15 years ago. She is a consultant to the Zahra Trust, a charity publishing spiritual literature and is one of Britain's prominent Islamic speakers. She adds: "Western converts are coming to Islam with fresh eyes, without all the habits of the East, avoiding much of what is culturally wrong. The purest tradition is finding itself strongest in the West."[3]
Some say the conversions are prompted by the rise of comparative religious education. The British media, offering what Muslims describe as a relentless bad press on all things Islamic, is also said to have helped. Westerners despairing of their own society - rising in crime, family breakdown, drugs and alcoholism [4] - have come to admire the discipline and security of Islam. Many converts are former Christians disillusioned by the uncertainty of the church and unhappy with the concept of the Trinity and deification of Jesus.
Quest of the Convert - Why Change?
Other converts describe a search for a religious identity. Many had previously been practicing Christians but found intellectual satisfaction in Islam. "I was a theology student and it was the academic argument that led to my conversion." Rose Kendrick, a religious education teacher and author, said she objected to the concept of the original sin: "Under Islam, the sins of the fathers aren't visited on the sons. The idea that God is not always forgiving is blasphemous to Muslims.
Maimuna, 39, was raised as a High Anglican and confirmed at 15 at the peak of her religious devotion. "I was entranced by the ritual of the High Church and thought about taking the veil." Her crisis came when a prayer was not answered. She slammed the door on visiting vicars but traveled to convents for discussions with nuns. "My belief came back stronger, but not for the Church, the institution or the dogma." She researched every Christian denomination, plus Judaism, Buddhism and Krishna Consciousness, before turning to Islam.
Many converts from Christianity reject the ecclesiastical hierarchy emphasizing Muslims' direct relationship with God. They sense a lack of leadership in the Church of England and are suspicious of its apparent flexibility. "Muslims don't keep shifting their goal-posts," says Huda Khattab, 28, author of The Muslim Woman's Handbook, published this year by Ta-Ha. She converted ten years ago while studying Arabic at university. "Christianity changes, like the way some have said pre-marital sex is okay if its with the person you're going to marry. It seems so wishy-washy. Islam was constant about sex, about praying five times a day. The prayer makes you conscious of God all the time. You're continually touching base.
Footnotes
1. This is one of the reasons why there is an onslaught of bad press against Islam and the Muslims. Whoever considers Islam carefully with its principle belief Tawheed (the Uniqueness of Allaah, His and His sole right to subservience, worship and legislation), the sum total of its injunctions, formulated by Allaah (which are harmonic and define the true nature, position, rights and responsibilities of both sexes), and its justice in every sphere of life (social, economical and political) for all categories of people - wives, husbands, children, orphans, women, the poor and indigent, the poverty-stricken - will realize why it poses a threat to the leading elite of the western civilizations (i.e. those who benefit most from the unfair and unjust forms by which the people are governed). It is in the hands of such people that the control of peoples beliefs and ideas lie (via television, Magazines, Films, Education) and naturally this advantage is used to maintain the existing status quo. Muslims are not governed by and enslaved the false beliefs and ideas of humans, they are enslaved to and governed by Allah alone. This is the essence of Islam - That enslavement is to none but to Allah alone and everything besides Him is undeserving of worship and subservience.
2. It is now an established fact that around 5,000 of the US Troops who were stationed in Saudi Arabia became Muslims during and shortly after the Gulf War.
3. Much of the alleged oppression of women is due to localized culture which is based on a superstition that is more akin to Hinduism. It is, however, portrayed as being Islamic in origin which in turn seriously affects the 'independence of thought' of those who do not bother to pursue the matter in an objective manner - which includes most people.
4. One of the biggest industries in the West is that of entertainment and amusement. This is essential to maintain the false idea of progress, that what comes next is better and worth enduring for. Peoples minds are preoccupied with their own pleasures and other pursuits while others are being murdered, slaughtered, women raped, innocent babies and children butchered with axes and knives, innocent by-standers in robberies and muggings killed, the aged battered to death by adolescents, thousands dying of drug abuse, thousands of innocent lives destroyed by the consumption of alcohol, drunkards beating their women and children... the list is endless. The entertainment industry is one of the effective tools in the 'normalization of the thought process', the 'desensitization of the humanistic concern', and the intensification of the 'my pleasure and gratification is what is most important' syndrome.
This was Tuesday, 9th November 1993 report...wonder why the threats to ISLAM are getting even greater along with the people converting to the truth day by day. Nowadays the muslims are threaten with the labeling. The muslim with the great terrorist label, overshadowing the great truth of it's every surface. This way of life never a threat to anybody, neither to the disbelievers nor the world. Hit back the history and recover the the real practice of this religion. It surely enough with examples of Muhammad SAW lead in his life.
How would we find the truth if we dont seek?..And how come they dare to label us with disgrace if only they know that ISLAM is PEACE / SALAM is SALAMAT = SAFE ?...
How come we'll be in safety if we're not practising our DEEN? ..That we only take what we want according to our recklesness or choose not to be a practising muslim because we thought that when we grow older then only we'll adhere to ALLAH, Al-Quran and As-Sunnah. That might be too late my dear brothers. Because we might have died young or when we're old, it's too late because of all those sins we have we never ask forgiveness it will only be paid on hell fire. For the debt of sins require maybe 5 years in hell are as equal as 5000 years in the world that we live now. Stop dreaming my fellow muslim brothers..together we unite and let the unnecessary feeling of 'Assabiyah' go because ISLAM knows no boundary and JANNAH is our VICTORY.
ALLAHU AKBAR!!