Tuesday, February 26, 2008

Telah berkata Hujjatul Islam, Imam Abu Hamid Al-Ghazali r.a. (minhajul Arifin):

Sesungguhnya, penyingkapan hukum (i'rab) hati itu ada empat jenis:

1.Rafa' (terangkatnya) hati: dalam zikir kepada Allah s.w.t..
2.Fathu (terbukanya) hati: pada redha terhadap Allah s.w.t..
3.Khofhu (jatuhnya) hati: dalam kesibukan dengan selain daripada Allah s.w.t..
4.Waqaf (terhentinya) hati: pada kelalaian daripada mengingati Allah s.w.t..

Tanda rafa' (terangkatnya hati) ada tiga:

Pertama: Adanya keserasian (antara perbuatannya dengan syariat).
Kedua: Lenyapnya percanggahan (iaitu, tidak membuat maksiat).
Ketiga: Sentiasa dalam kerinduan (kepada Alalh s.w.t.).

Tanda fatah (terbukanya hati) ada tiga:

Pertama: Tawakkal
Kedua: Jujur
Ketiga:Yakin

Tanda khofdhu (jatuhnya hati) ada tiga:

Pertama: Ujub
Kedua: Riyak
Ketiga: Tamak, iaitu, terlalu mengejar keduniaan

Tanda waqaf (terhentinya hati) ada tiga:

Pertama: Hilang kelazatan dalam ketaatan
Kedua: Hilang kepahitan maksiat
Ketiga: Mencampurkan antara halal dan haram


Wassalaaam

No comments: