Thursday, July 19, 2007

Assalam Alaykum...

Sudah sekian lama masyarakat di Malaysia tahu bahawasanya agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Sudah terpahat di jiwa setiap individu melayu ini bahawa mereka juga adalah seorang muslim. Juga terpatri di sanubari bangsa melayu ini bahawa mereka juga adalah satu bangsa yang berstatus 'TUAN' di bumi Malaysia ini. Dari mata kepala kita sendiri boleh dilihat betapa taksubnya bangsa melayu ini pada KEBANGSAAN, ADAT dan BUDAYA. Bagi saya hanya satu kepentingan peribadi yang telah menular sejak dari lahirnya pemimpin2 hipokrit yang membawa panji ISLAM palsu bersandarkan pada dogma2 sesat dan budaya pentingkan diri sendiri. Pernah kita dengar kata pujangga ini "biar mati anak tapi jangan mati adat". Apakah yang boleh dihuraikan daripada pepatah itu tadi?

Maafkan saya sekiranya kalau ada mengguris hati para2 pejuang bangsa merdeka dalam group ini. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita berbincang tentang bagaimana Islam dalam masyarakat ini telah dikelirukan dengan ambilan budaya yang tidak relevan dengan Islam dan tidak rasional dari segi tindakannya.

Umat melayu memang terkenal dengan pantang larang,adat istiadat,perbezaan hirarki keluarga dalam masyarakat dan amalan2 yang bid'ah tetapi dianggap amalan ibadah. Tidak salah saya katakan bahawa segelintir masyarakat Islam di negara ini hanya ikut-ikutan. Mereka malas mencari ilmu,malas nak fikir banyak2 nanti gila,sesat katanya dan macam2 lagilah alasan untuk menafikan sikap malas yang menjadi kudis dalam jiwa mereka.

Kembali kita dalam konteks Islam rojak ini tadi. Sesetengah generasi terdahulu mahu pun generasi mak bapak kita masih lagi terkongkong dengan ilmu dan kefahaman ISLAM yang tidak cukup untuk membuka minda mereka tentang apakah itu ISLAM SEBENAR. Jadi mereka menjadikan amalan budaya dan adat resam sebagai 'associate core' kepada ajaran ISLAM itu tadi.

Sebagai contoh; Memang dalam ISLAM kedudukan orang tua adalah tinggi lebih2 lagi seorang ibu. Terdapat antara mereka yang tidak menghayati ISLAM dengan baik menggunakan label 'anak derhaka', 'masuk neraka','tuhan tak terima' dan sebagainya terhadap anak yang tidak mahu mengikut kehendak mereka. Mereka kata ianya adalah ketetapan tuhan walau pun keadaan sebenarnya mereka telah menzalimi anak mereka sendiri.

Ini hanya 1 daripada beratus contoh lain yang boleh kita fikirkan sendiri dan ketengahkan. Bagaimanakah keadaan dengan mengambil sedikit isi agama dan buang isi yang tidak berkenan pada diri kita?Bagaimanakah keadaan bila jelas terang wahyu Allah dalam Al-Quran dan Hadith/amalan Rasulullah tetapi berat hendak diikuti lalu mencari fatwa2 palsu atau ulama2 sesat yang membolehkan perkara yang dilarang itu tadi?

Jadi kita jangan hairan mengapa semakin ramai belia remaja melayu yang mahu keluar dari ISLAM. Saya mengetengahkan isu ini kerana ia benar2 berlaku. Sebahagian daripadanya mungkin dialami oleh saudara2 mahu pun saya sendiri.Saya sangat sedih dengan keadaan ini.

Bagaimanakah kita hendak menghadapi masalah ini?..Amat sukar untuk 'educate' balik masyarakat2 sebegini lebih2 lagi yang telah lama berpegang padanya.

Pasti satu hari kita pula yang dikatakan sesat dan sebagainya.

Maafkan saya namun harus saya sampaikan apa yang terbuku di jiwa ini.

Jazakallah Khairan

No comments: