Monday, January 07, 2008

Salam....

The accomplishment of the zionist protocols shows and proven. Sekarang agenda/strategi dalam protokol-protokol zionis telah pun mendapat sambutan yang hangat dikalangan umat yang lemah akal fikirannya. Lemah akal fikiran yang dimaksudkan bukanlah bodoh,tolol lembab atau kurang maju dalam akademik atau pun lemah IQ nya. Kelemahan akal fikiran ini berpunca daripada rapuhnya iman dan hilangnya zikrullah dalam hati nurani mereka. Yelah..kalau ibu bapa/orang tua pun sudah menjana hidup atas paksi cara hidup moden yang palsu berlandaskan materialism,hedonism,patriotism,nationalism,hypocrisy,korupsi,demokrasi dan bermacam lagi cara hidup/doktrin/ideologi kafir yang sesat lagi menyesatkan.

Di mana perginya ILMU????...Adalah jelas di sini bahawa ISLAM itu sendiri adalah ILMU yang lengkap serta saling lengkap-melengkapi keperluan dunia dan akhirat. Tanpa ilmu ini maka seluruh manusia akan jadi seperti haiwan. Akal semata-mata tidak boleh memproses antara yang hak dan yang batil jika tiada panduan ilmu ini.

Sebab itulah kita selalu melihat,mendengar atau mungkin mengalami sendiri kegilaaan muda mudi,remaja.bapa-bapa,mama-mama yang leka dengan dengan dunia,harta dan hiburan semata. Jika boleh segala-galanya ada hiburan. Sememangnya mereka juga bersolat,berpuasa,haji,zakat atau paling tidak pun seorang ISLAM. Cukupkah Islam itu hanya pada dasar-dasar ini sahaja?..Tiada penghayatan, tiada kajian ilmiah, tiada penghuraian, malah tiada kebebasan untuk mempelajari dan mengenali ISLAM yang sebenar lagi dipraktikkan dengan sebaik mungkin. Segala-galanya harus mengikut telunjuk yang punya kuasa, yang punya harta, yang punya wibawa dunia semata, yang punya akal dan agama dan bertakwil,tafsir tapi mungkir pada tuntutan sunnah dan al-quran . Mengambil ISLAM cebisan yang hanya FAVOR pada keadaan,situasi serta kepentingan diri.

YANG TELANJANG ITU MENAWAN...begitulah hasilnya saudara. Setelah mereka dan keluarga mereka berpegang pada ISLAM BANDAR ini. ISLAM MODEN..ISLAM yang dituntut ilmunya hingga mereka berkata;

"sudahlah..aku sudah cukup belajar tentangnya"

"Itu bukan urusan kita, itu hanya fardu kifayah,ada org yang melaksanakanya"

"Wah!..Allah telah memberikan aku rezeki yang banyak kerana aku seorang yang beramal
soleh,inilah masanya untuk aku menikmati dunia"

"Anak2 itu masih muda, biarlah mereka menikmati masa mereka,seperti kita dulu juga"

Atau...pandangan yang apabila orang-orang sekeliling mereka/ahli keluarga mereka/masyarakat mempunyai konflik atau masalah dengan mereka maka mereka bersuara dan bercanang sehebat-hebatnya seolah-olah baik segala-galanya mereka itu atau seakan-akan dosa itu hanya apply pada org lain tapi bukan pada diri mereka. Tidaklah boleh ditegur mereka itu kerana pangkat dan harta dunia yang mereka miliki.

Jadi..naik tocanglah anak-anak mudanya..

Wassalaaam